Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Pengumuman

Kategori: Pengumuman
Hit: 4983

Untuk makluman semua, Hari Terbuka Semakan Buku Perkhidmatan Warga JTM di Ibu Pejabat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh

:

12 dan 13 Mac 2015 26 dan 27 Mac 2015

Hari

:

Khamis dan Jumaat

Masa

:

9.00 pagi sehingga 4.30 petang

Tempat

:

Bilik Perbincangan JTM

Bagi memastikan kelancaran penyemakan Buku Perkhidmatan ini dimohon kerjasama pihak Tuan/Puan untuk hadir pada sesi semakan yang telah ditetapkan mengikut skim dan gred seperti di Lampiran. Setiap pegawai diperuntukkan masa selama 5-10 minit untuk menyemak dan pegawai tidak dibenarkan membawa keluar Buku Perkhidmatan masing-masing keluar dari Bilik Perbincangan bagi mengelakkan risiko kehilangan. Hari Terbuka Semakan Buku Perkhidmatan ini juga dibuka untuk mengemaskini maklumat harta pegawai. Bagi memudahkan urusan pengemaskinian, adalah dicadangkan supaya Tuan/ Puan menyediakan dokumen seperti geran kereta, geran tanah, dokumen jual beli (S&P) rumah dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI

-      Pegawai hendaklah mengemukakan makumat peribadi bagi tujuan penyediaan Buku Perkhidmatan, membuat semakan maklumat yang direkodkan dan memaklumkan sebarang perubahan maklumat yang direkodkan dan memaklumkan sebarang perubahan maklumat bagi tujuan pengemaskinian Buku Perkhidmatan. Pegawai dinasihatkan menyimpan dokumen penting yang berkaitan dengan perkhidmatannya bagi membantu dalam penyediaan semula Buku Perkhidmatan yang hilang atau musnah.

Sekian, terima kasih.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM