Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Pengumuman

Kategori: Pengumuman
Hit: 4424

Program Larian Pekerja Muda dirancang untuk dilaksanakan sebagai menyahut seruan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak. Tujuan larian ini diadakan adalah untuk merapatkan jurang pekerja profesional dan bukan profesional dari sektor awam dan swasta yang berbilang kaum di negara ini. Program ini juga, sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran bertapa pentingnya kesihatan dan kecergasan di dalam kehidupan. Kehidupan yang sihat dan cergas dapat membantu mereka menjadi lebih proaktif dan dapat meningkatkan produktiviti mereka di tempat kerja.

Layari laman web http://www.9to5run.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM