Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 6172

Akhbar : Metro - Setempat |  Tarikh : 21 Januari 2013

Kulim: “Saya perasan muka arwah ceria kerana dia tidak sabar untuk  pulang ke kampung memandangkan kursus ini akan berakhir seminggu lagi,”  kata Mohamad Azmir Mohamad Yusof, 29, rakan sebilik Abdul Hafiz Abdul  Rozak, 23, yang ditemui lemas di kawasan rekreasi Sungai Sedim, di sini,  kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa, pelatih Tenaga  Nasional Berhad (TNB) di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS)  Bangi, Selangor kini mengikuti kursus latihan Program Pendidikan  Ketukangan dan kemahiran (PPKK) di Institut Latihan Perindustrian (ILP)  Kepala Batas, Pulau Pinang selama tiga bulan.

Difahamkan,  mangsa yang berasal dari Kuala Kemaman, Terengganu dipercayai lemas  ketika mengikuti modul aktiviti lasak dan riadah.

 

Mohamad Azmir berkata, dia bersama 132 pelatih lain pergi ke Sungai  Sedim menaiki tiga  bas kira-kira jam 10 pagi semalam (kelmarin) bagi  mengikuti modul aktiviti lasak dan riadah yang dikendalikan ILP Kepala  Batas.

“Kami semua mandi beramai-ramai di dalam sungai  berkenaan ketika dalam latihan, namun tidak mengetahui langsung  Abdul  Hafiz lemas di kawasan itu.    “Ketika mandi kira-kira jam 3.30 petang,  saya melihat arwah naik ke darat, namun saya tidak menghiraukannya  kerana mungkin arwah naik untuk bersolat.    “Namun saya tidak menyangka  dia lemas dan kebanyakan kami fikir arwah hilang dan mungkin tersesat  ketika bersiar-siar di kawasan itu,” katanya ketika ditemui di sini,  semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/21

Click to listen highlighted text! Powered By JTM