Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 5338

Akhbar : Utusan Malaysia - Timur  |  Tarikh : 4 Februari 2013

KUALA TERENGGANU 3 Feb. - Puluhan ribu orang daripada pelbagai  lapisan dan peringkat usia menyahut seruan untuk bersama menyertai  program My Beautiful Malaysia di lima lokasi terpilih di negeri ini hari ini.

Program tersebut berlangsung di tiga tempat di daerah ini iaitu di  Dataran Batu Buruk, di Lagun Kuala Ibai dan Pantai Teluk Ketapang  manakala di daerah Setiu dan Hulu Terengganu masing-masing diadakan di  Pantai Rhu 10 dan Pengkalan Gawi dekat Tasik Kenyir.

Program yang turut diadakan serentak di seluruh negara dengan  pelancarannya disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak itu mendapat sambutan hangat daripada para peserta dan orang ramai  yang menyertai gotong-royong membersih dan mengindahkan kawasan tumpuan  awam.

Majlis perasmian program peringkat di negeri ini disempurnakan oleh  Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Dataran Batu Buruk di sini yang  disertai kira-kira 10,000 orang.

Para peserta terdiri daripada kakitangan jabatan dan agensi kerajaan  negeri dan Pusat, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT),  pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Jabatan Kemajuan  Masyarakat (Kemas), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan kakitangan  hotel sekitar bandar raya ini.

Sejurus selesai majlis perasmian program itu, Menteri Besar kemudian  bersama kira-kira 10,000 peserta menyertai acara Senam 1Malaysia yang  turut diserikan dengan nyanyian artis tempatan.

Acara Senam 1Malaysia itu turut dimeriahkan dengan penyertaan Menteri  Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Kerajaan  negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa, Perindustrian,  Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw.

Selain itu, orang ramai yang menjayakan program gotong-royong  membersih kawasan Pantai Batu Buruk juga berpeluang mendengar ucapan  Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung sebagai tanda pelancaran  program itu.

Artikel dari : Utusan Melayu (M) Bhd
Click to listen highlighted text! Powered By JTM