Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 6108

Akhbar : Bernama  |  Tarikh : 7 Mac 2013

SHAH ALAM, 7 Mac (Bernama) --  Penuntut Institusi Latihan Jabatan Tenaga  Manusia (ILTJM) digesa sentiasa memajukan diri dalam bidang kreatif  supaya mudah diterima di pasaran kerja. Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Datuk Romli Hassan berkata  perkara itu penting kerana syarikat multinasional pada masa kini  memerlukan tenaga kerja yang mempunyai daya cipta yang tinggi. "Ini kerana syarikat-syarikat multinasional akan sentiasa mencari idea  baru untuk memenuhi permintaan pelanggan di samping mencari keuntungan,"  katanya ketika berucap pada majlis penutup Pertandingan Metrologi di  Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) hari ini. Beliau berkata selain itu, pendidikan dan latihan kemahiran juga  merupakan gabungan mekanisme yang berkesan dalam melahirkan tenaga kerja  cemerlang. Katanya mekanisme itu memberi kelebihan dalam membentuk tenaga kerja  yang lebih berinovasi selain mempunyai kemahiran yang tinggi. Ini juga selari dengan keadaan negara yang memerlukan lebih banyak  tenaga mahir untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara yang sedia  ada, katanya. "Ini yang kita ketengahkan kepada setiap penuntut di pusat latihan  ini... yang turut mengaplikasi pengkongsian pengetahuan dan kemahiran  teknikal. "Langkah ini bukan sahaja memaksimumkan kelebihan penuntut itu tetapi  juga mampu memberi nilai tambah dalam membentuk fasa pembangunan  negara," katanya. Sumber : BERNAMA

Click to listen highlighted text! Powered By JTM