Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 6390

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Malaysia mampu mencapai sasaran 50 peratus pekerja mahir menjelang tahun 2020, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Anak Jaem.

Beliau berkata ketika ini negara memiliki 28 peratus daripada tenaga kerja mahir.

"Peratus pekerja mahir negara akan ditingkatkan dari semasa ke semasa melalui pelbagai latihan yang ditawarkan di institusi kemahiran dan salah satu daripadanya ialah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di seluruh negara.

"Selain meningkatkan peratus tenaga mahir, kementerian juga meletakkan sasaran mengurangkan jumlah pekerja asing di dalam negara," katanya.

Richard berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa Bersama Media kementerian beliau di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Beliau juga optimis jumlah warga asing akan berkurangan secara beransur-ansur selepas gaji minimum dilaksanakan pada Januari 2014.

"Dalam usaha mengurangkan jumlah pekerja asing di dalam negara, Kementerian Sumber Manusia perlu mengubah sikap gemar memilih pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Kesedaran perlu ditingkatkan bahawa di negara maju sesetengah pekerja kolar biru mendapat gaji lebih tinggi daripada pekerja kolar putih," tambah Richard.

~ Sumber BERNAMA

Click to listen highlighted text! Powered By JTM