Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 6811

KUCHING, 18 Julai (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia akan membantu kerajaan negeri Sarawak menyediakan latihan kemahiran terutama kepada pekerja bumiputera di luar bandar bagi memenuhi permintaan di pelbagai industri di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score), kata Menterinya Datuk Richard Riot.

Beliau berkata kementerian itu menerusi pelbagai pusat latihan perindustrian dan kerjasama dengan agensi swasta boleh mengadakan latihan di tempat kerja sebagai sebagai sebahagian persediaan kerajaan melaksanaklan Score yang masih diperingkat awal.

"Perkara ini antara isu yang dibincangkan dengan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memberi pendapat dan nasihat beliau mengenai apa yang perlu dilakukan di Sarawak," katanya kepada Bernama selepas membuat kunjungan hormat ke atas Abdul Taib di pejabatnya di Menara Pelita, Petra Jaya di sini.

Riot ditemani Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Zainal Rahim Seman, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial Datuk K. Selvarajah serta beberapa pegawai kanan di bawah agensi kementerian berkenaan.

Beliau berkata Abdul Taib telah memaklumkan bahawa antara kebaikan pasaran kerja Sarawak ialah rakyat Sarawak secara semulajadi cepat mempelajari sesuatu perkara baharu.

Mengambil contoh manifesto 'Janji Ditepati' Barisan Nasional (BN) bagi memastikan wujud lebih banyak peluang pekerjaan menerusi latihan vokasional yang berkaitan, Riot berkata inisiatif kementeriannya telah memberi kesan positif setakat ini apabila ramai belia tempatan di ambil bekerja.

Walaupun hanya 28 peratus dari 12 juta tenaga kerja di negara ini memiliki kepakaran ketika ini, beliau yakin Malaysia boleh mencapai sasaran 50 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2020.

Di Sarawak, kerajaan negeri dijangka menambah komposisi pekerja berkemahiran tinggi kepada 37 peratus menjelang 2015 bagi memenuhi permintaan terhadap golongan pekerja berkenaan menjelang 2020, terutama dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan yang permintaannya dijangka mencecah 3.3 juta orang.

~ Sumber BERNAMA

Click to listen highlighted text! Powered By JTM