Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 5669

SHAH ALAM, 30 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pendidikan disaran menambah bilangan kolej komuniti di negara ini yang dapat membimbing pelajar lepasan menengah dengan kemahiran keusahawanan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata cadangan itu perlu kerana konsep pembelajaran sepanjang hayat yang ditawarkan di kolej komuniti dapat membantu melahirkan usahawan menyediakan peluang pekerjaan dan bukan pencari kerja.

"Ilmu keusahawanan mampu membantu menjana pendapatan lebih tinggi berbanding bekerja makan gaji," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kepada pelajar yang menamatkan program pengujian perisian HP di Universiti Teknologi Mara, (UiTM) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno mengulangi gesaanya supaya subjek asas keusahawanan diterapkan dalam pembelajaran sekolah menengah ke arah melahirkan lebih ramai usahawan berjaya daripada pelbagai kaum.

Seramai 500 pelajar jurusan teknologi maklumat dari UiTM berserta lima universiti lain menerima sijil penamatan program pengujian perisian HP, yang dibiayai Kementerian Pendidikan.

Ia bagi meningkatkan kebolehpasaran penuntut jurusan teknologi maklumat (IT) dengan mendedahkan mereka dengan ilmu amali dan kemahiran khusus dalam bidang pengujian perisian.

    -- Sumber BERNAMA--

Click to listen highlighted text! Powered By JTM