Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 7517

PUTRAJAYA, 5  Sept (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia buat julung kalinya akan menganjurkan Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2013 pada 26 hingga 30 Sept di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).Menterinya Datuk Richard Riot berkata, karnival itu akan memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat secara lebih dekat bidang kemahiran sedia ada selain mempromosi produk dan kursus kemahiran yang ditawarkan.

"Sempena dengan karnival berkenaan dua pertandingan akan diadakan iaitu Pertandingan Kemahiran Malaysia (bagi pelatih kemahiran) dan Pertandingan MySkills (bagi tenaga pengajar)," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri kementerian di sini Khamis.

Beliau berkata sebanyak 23 bidang akan dipertandingkan seperti pemasangan Elektrikal, Teknologi Automotif, Teknologi Maklumat (IT), Network Cabling, IT Network System Administration, Teknologi Rekabentuk Grafik, Rekabentuk Web dan Kimpalan. Hadiah utama pertandingan ialah Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri, katanya.

Turut akan diadakan pertandingan robot peringkat sekolah, ceramah kerjaya, pameran automotif, pertunjukan super bike, servis motosikal RM1 serta pendaftaran pelajar di Institut Kemahiran Awam secara online.

Karnival diadakan dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka dikunjungi 60,000 orang.

    -- Sumber BERNAMA --

Click to listen highlighted text! Powered By JTM