Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 5542

Akhbar :  Bernama | Tarikh : 23 September 2013

BATU KAWAN, 23 Sept (Bernama) -- Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menyasar melahirkan 1.3 juta pekerja mahir bagi memenuhi permintaan pelbagai industri menjelang tahun 2020.Ketua Pengarah JTM Datuk Romli Hassan berkata setakat ini, pihaknya hanya mampu melahirkan 28 peratus daripada permintaan industri."Dalam tempoh dua tahun ini, kami berharap dapat mencapai 33 peratus daripada permintaan perindustrian selari dengan sasaran untuk mencapai 50 peratus atau 1.3 juta pekerja berkemahiran menjelang 2020," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Kemahiran Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini, JTM berjaya melahirkan 14 juta pekerja mahir namun masih tidak mencukupi bagi menampung permintaan industri.Romli berkata pihaknya sedang merangka pelan untuk menambah bidang latihan kemahiran bagi industri yang mendapat permintaan tinggi seperti kenderaan berat, minyak dan gas. Beliau berkata bidang ini bakal menjadi keperluan industri pada masa depan dan menjanjikan pendapatan lumayan kepada pekerja mahir. "JTM telah bekerjasama dengan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) untuk melaksanakan program bagi kolej vokasional," katanya.

Romli berkata seramai 435 pelajar sedang mengikuti pengajian di 11 Institut Latihan Perindustrian (ILP) di seluruh negara pada tahun ini.

-- Sumber BERNAMA

Click to listen highlighted text! Powered By JTM