Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 8157

Akhbar : Bernama | Tarikh : 9 Oktober 2013

ALOR GAJAH, 9 Okt (Bernama) -- Karnival Kerjaya Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Jabatan Tenaga Manusia (JTM) pada 29 Okt ini bakal menawarkan 1,000 kekosongan jawatan dalam pelbagai bidang.

Pengarah ADTEC Melaka Zabidin Abd Samad berkata sebanyak 50 syarikat swasta akan menyertai karnival yang akan berlangsung di pusat itu di sini.

Beliau berkata karnival itu terbuka kepada lepasan Penilain Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sijil, Diploma dan Ijazah juga pekerja mahir dan pekerja separa mahir untuk peluang pekerjaan di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

"Karnival pekerjaan ini yang akan berlangsung mulai pukul 9 pagi hingga 4.30 petang bertujuan memberi peluang kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan melalui temu duga terbuka.

"Orang ramai boleh menghadiri temu duga terbuka dalam pelbagai bidang yang sesuai dengan kelulusan mereka dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sijil-sijil berkaitan," katanya kepada Bernama di sini.

Bagi maklumat lanjut sila hubungi ADTEC Melaka di talian 06-5527227 atau layari www.adtecmlk.gov.my.

-- Sumber BERNAMA

Click to listen highlighted text! Powered By JTM