Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 5992

Akhbar : Bernama | Tarikh : 3 November 2013

LABUAN, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan optimis akan mencapai sasaran menghasilkan 300 ribu pekerja mahir dalam pelbagai sektor, setahun. Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot berkata, sehingga kini negara mempunyai hanya 28 peratus tenaga mahir di sektor-sektor utama seluruh negara dan pelbagai usaha digembleng untuk mencapai 50 peratus menjelang 2020 bagi merealisasikan visi status negara maju dan berpendapatan tinggi. "Walaupun menyedari perkembangan ekonomi dan permintaan industri terhadap pekerja mahir dan terlatih sentiasa meningkat, namun jumlah pekerja mahir di negara ini masih rendah berbanding negara maju lain seperti Finland, Singapura dan Jerman," katanya di Majlis Konvokesyen Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ke-9 di sini pada Ahad.

Katanya, dengan mempunyai 50 peratus pekerja mahir, Malaysia dapat bersaing dengan negara maju lain seperti Finland yang mempunyai 58 peratus pekerja mahir, Singapura (52 peratus) dan Jerman (80 peratus)."Pelbagai program teknikal melalui latihan vokasional dilaksanakan dalam memastikan tenaga kerja mahir yang dihasilkan berkualiti sekali gus mampu menyumbang secara positif kepada negara,"

katanya. Katanya, dalam Belanjawan 2014 baru-baru ini kerajaan telah memperuntukkan RM330 juta dana pinjaman latihan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Kementerian Sumber Manusia bagi menyediakan pinjaman kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), untuk mengikuti latihan kemahiran. "Langkah ini akan dapat memanfaatkan hampir 30 ribu pelatih di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Satu sehingga Tahap Lima di ILP seluruh negara," katanya.

  Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan turut memperuntukkan sejumlah RM178 juta bagi menaik taraf, menyelenggara kemudahan bangunan serta peralatan ILJTM di seluruh negara."Peruntukan yang disediakan kerajaan ini jelas memperlihatkan komitmen kerajaan melahirkan graduan berkemahiran bagi mengisi keperluan tenaga mahir dalam pelbagai industri di negara kita,"

katanya.

 -- Sumber BERNAMA

 

Click to listen highlighted text! Powered By JTM