Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 5169

KOTA BHARU, 18 Nov (Bernama) -- Lebih 83 peratus daripada 23,000 graduan Institut Latihan Perindustrian (ILP) memenuhi kehendak pasaran kerja, tahun lepas. Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Datuk Romli Hassan berkata graduan ILP tidak akan mengambil masa panjang untuk menganggur kerana ditawarkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas latihan industri. "Sebanyak 92 peratus industri di negara ini percaya akan kebolehan graduan keluaran ILP dan percapaian yang ditunjukkan graduan semasa menjalani latihan industri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Karnival Kecemerlangan Kokurikulum Pelajar ILJTM Semalaysia Ke-12 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini, Ahad malam.

 Karnival empat hari bermula 14 Nov lepas disertai 22 kontinjen seluruh negara melibatkan pelajar serta petugas ILP dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC). Romli berkata karnival itu selain memberi kecerdasan minda dan tenaga, ia juga melatih peserta untuk bekerjasama dalam kumpulan yang membolehkan mereka menggunakan pengalaman tersebut dalam dunia pekerjaan, kelak. Sehingga kini, negara mempunyai sebanyak 23 buah ILP dan lapan ADTEC serta sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia.

  -- Sumber BERNAMA

Click to listen highlighted text! Powered By JTM