Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 5690

Akhbar: Bernama | Tarikh : 5 Januari 2014

KUANTAN, 5 Jan (Bernama) -- Hampir 1,000 pusat latihan diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam visi mencapai status negara maju menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPK Dr Mohd Rashid Buyong Hamzah berkata usaha itu dilihat sebagai satu inisiatif kerajaan dalam menjana sumber tenaga kerja berkualiti melalui sesi pembelajaran teori dan amali.

Selain itu, pusat berkenaan juga dilihat dapat membantu negara mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta menggalakkan golongan muda menceburi latihan vokasional, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pra-graduasi pelajar sesi-6 Akademi Latihan Kemahiran Pekan (ALKP) di sini, hari ini. Turut hadir Pengurus Hal Ehwal Korporat ALKP Fadzilah Awang Ibrahim.

Mohd Rashid berkata JPK juga menawarkan program latihan dalam bidang-bidang kemahiran dan mereka yang berminat boleh melayari laman web www.mytevt.blogspot.com.

"Kami berharap komitmen yang diberikan ALKP ini menjadi ikutan kepada syarikat di luar sana, seterusnya menyokong usaha menyediakan latihan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan belia," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

Click to listen highlighted text! Powered By JTM