Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 6857

Akhbar : Berita Harian | Tarikh : 24 Januari 2014


Kerjasama dengan pelbagai kementerian beri nilai tambah tenaga mahir
Serdang: Institusi kemahiran awam dan swasta perlu memperluaskan kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk memberi nilai tambah kepada tenaga mahir, sekali gus memenuhi keperluan industri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi meningkatkan kualiti latihan kemahiran secara holistik, institusi terbabit perlu bekerja merentasi kementerian dan agensi dengan melaksanakan Strategi Lautan Biru.Katanya, pada masa ini, ada sembilan kementerian terbabit secara langsung menyediakan latihan kemahiran dengan penubuhan 434 Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan 753 Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS).

Bagaimanapun, beliau mahu semua pihak memikirkan kaedah terbaik untuk mengoptimumkan fungsi semua institusi, sekali gus memaksimumkan penggunaan aset sedia ada dalam agensi perkhidmatan awam. “Kita perlu bekerja merentasi kementerian dan agensi, inilah yang dikatakan Strategi Lautan Biru. Jika kita tidak mengehadkan bidang dalam kelompok masing-masing, maka keseluruhan aset kerajaan dapat dioptimumkan lagi,” katanya ketika merasmikan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2013 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, semalam.

Penuhi keperluan industri
Perdana Menteri juga yakin ILKA dan ILKS memainkan peranan penting membantu kerajaan melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri serta mempunyai pakej lengkap untuk bersaing di dalam dan luar negara. Sehubungan itu, program yang ditawarkan perlu bersesuaian dan seiring dengan perkembangan semasa bagi menjamin kebolehpasaran graduan yang dilahirkan. “Umpamanya jika kita menyediakan pensijilan tempatan, tokok tambah kursus itu dengan pensijilan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Seseorang pelatih mungkin perlu menyambung tiga atau enam bulan lagi, tetapi tambahan tiga atau enam bulan menyebabkan nilai pasaran mereka melonjak ke tahap jauh lebih tinggi,” katanya.

Tingkat nilai pasaran pelatih
Oleh kerana itu, Najib menggalakkan semua ILKA dan ILKS melihat secara holistik peranan masing-masing terutama dalam menaikkan nilai pasaran pelatih ke tahap lebih tinggi. Bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja, beliau berkata, Pembangunan Sumber Manusia Berhad menyediakan RM400 juta bagi syarikat berdaftar untuk memberi peluang kepada pekerja mengikuti program meningkatkan kemahiran. Sementara, Perdana Menteri mengumumkan insentif tambahan kepada penerima Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri iaitu wang tunai RM10,000 bagi meningkatkan prestij anugerah berkenaan bermula tahun ini. Sejak anugerah itu diperkenalkan pada 1991, penerima hanya membawa pulang piala anugerah dan sijil. Ia adalah anugerah tertinggi bagi mengiktiraf PKM dan pertandingan MySkills yang dianjur dan bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Kerjaraya.

INFO
Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2013


Sumber : Berita Harian

Click to listen highlighted text! Powered By JTM