Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 5152

Akhbar : Harian Metro - Setempat | Tarikh : 14 Februari 2014

Kota Bharu: “Setiap kali ke tandas saya menangis kerana sakit ketika mengangkat punggung selain hanya mampu terbaring,” kata pesakit barah sendi pinggul, Wan Khairul Arif Wan Abdullah Sani, 25, dari Kubang Kerian, di sini, yang merayu bantuan orang ramai bagi membiayai pembedahannya.

Menurutnya, dia memerlukan RM25,000 untuk pembedahan segera selepas terjatuh di bilik air menyebabkan kakinya patah sebelum dikesan menghidap barah sendi pinggul ketika mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, Januari lalu.

“Selepas itu saya kerap demam, pening kepala dan hilang selera makan sehingga berat badan badan menyusut dan tidak mampu berjalan serta terlantar di wad di HUSM,” katanya ketika ditemui di HUSM, semalam.

Wan Khairul yang memiliki Sijil Jurusan Grafik Institut Latihan Perindustrian (ILP) Nibong Tebal, Pulau Pinang sedih kerana dia sedang mencari pekerjaan sebelum disahkan menghidap penyakit berkenaan.

“Saya sedih kerana niat mahu membantu keluarga terbantut kerana sakit,” katanya.

Ibunya Nik Hasnah Nik Ismail, 61 berkata, dia dan suami, Wan Abdullah Sani Wan Ahmad, 53, tidak mampu menyediakan kos pembedahan anak mereka.

Katanya, dia berharap orang ramai membantu kerana pembedahan perlu segera dilakukan bagi mengurangkan penderitaan anaknya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menulis cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dengan menyatakan nama pesakit itu di belakang cek dan menghantarnya ke Tabung Kebajikan NSTP, Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM