Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 5449

Tajuk: Perjanjian Persefahaman,Felcra Berhad & Jabatan Tenaga Manusia

Tarikh: 17 April 2014


Datuk Seri Mohd Shafie sebelum itu menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman, MOU antara Felcra Berhad dan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Perkongsian pintar membabitkan kerjasama anak syarikat Felcra Berhad, FTC Sendirian Berhad, selaku peneraju dalam bidang pembangunan insan luar bandar,dengan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia serta Pusat Latihan Teknologi Tinggi, ADTEC Kemaman.

Ia membabitkan dua fasa iaitu latihan dan penawaran kerja.

Datuk Seri Mohd Shafie yakin usaha itu mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir mengikut acuan industri bagi memenuhi keperluan dalam bidang minyak dan gas.

Buat permulaan seramai 187 peserta akan mengikuti kursus selama empat bulan .

Usaha itu selaras dengan anisiatif kerajaan untuk melaksanakan agenda transformasi negara bagi melahirkan 33 peratus pekerja mahir menjelang tahun 2015 dan 50 peratus menjelang tahun 2020.

Sumber: Berita TV3

Click to listen highlighted text! Powered By JTM