Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 6004

Akhbar : The Borneo Post (Online) | Tarikh : 26/05/2014


SERIAN: Pemegang sijil pengajian tinggi memerlukan sijil kemahiran sebagai nilai tambah mencari pekerjaan pada hari ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata ini berikutan jumlah graduan institusi pengajian lebih tinggi berbanding kekosongan jawatan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan.

“Anak-anak kita perlu mendapat pendidikan kemahiran kerana dalam masa 10 hingga 15 tahun akan datang kelulusan dalam kertas sahaja tidak mencukupi.

“Anak kita yang tidak begitu pandai, lepas tingkatan lima boleh ambil Sijil Kemahiran Tahap 1,2 dan 3 dalam 44 sektor kemahiran yang diminati mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program AZAM Kerja 1Malaysia di Kampung Pichin, Serian semalam.

Riot yang juga Ahli Parlimen Serian menyatakan bahawa sasaran kerajaan mencapai 33 peratus pekerja mahir menjelang awal 2015 akan tercapai dengan kerjasama dan penglibatan ramai pihak.

Justeru, sasaran 700,000 pekerja mahir di seluruh negara akan tercapai dengan program Pembangunan Kemahiran serta Skim Latihan Nasional yang dijalankan kerajaan setakat ini.

Beliau turut berkata rakyat yang mempunyai kemahiran pertukangan boleh mendaftar dengan Program Pengiktirafan Pencapaian tanpa perlu ke sekolah.

Menurut beliau, terdapat empat institusi luar dari England telah menyatakan kesudian menjayakan program berkenaan setakat ini.

Dijangka empat lagi institusi luar akan menandatangani MoU untuk bekerjasama dengan pihaknya pada minggu depan.

Pada masa yang sama, beberapa gerai pameran daripada agensi pelaksana di Serian hadir untuk memberi maklumat kepada penduduk kampung berkenaan dan sekitarnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Saripuddin Kassim, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Mohd Sahar Darusman.

Hadir sama Pengarah PERKESO John Marin Riba, Pengarah JTK August Buma dan Ketua Jabatan Mahkamah Perusahaan Gabriel Gumis Humen.

Sumber : The Borneo Post

Click to listen highlighted text! Powered By JTM