Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 3877

Akhbar : Berita Harian (Nasional)  | Tarikh: 29/09/2015


Kuala Lumpur – Seramai 553,000 pekerja tempatan di seluruh negara yang berkelulusan diploma hingga ijazah sarjana muda bekerja dalam kategori pekerja separuh mahir, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Katanya, keadaan itu menunjukkan wujud ketidaksepadanan penawaran dengan permintaan dalam pasaran buruh.
Richard berkata, untuk menangani cabaran itu, pasaran buruh cekap dan fleksibel perlu diwujudkan bagi memastikan penawaran modal insan berkemahiran sepadan dengan permintaan industri.

“Ini bagi meminimunkan kemahiran kurang digunakan, sekali gus membolehkan pertumbuhan mapan dan inklusif”, katanya berucap merasmikan Bengkel Hubungan Industri Dengan Permintaan Bakat Pekerja Berkemahiran, di sini, semalam.

Katanya, kebergantungan tinggi terhadap tenaga kerja asing berkemahiran rendah terutama pekerjaan berasaskan buruh memberi tekanan terhadap peluang pekerjaan dan upah pekerja tempatan.

Tindakan segera.

Sehubungan itu katanya, tindakan segera  untuk mengurangkan kebergantungan berkenaan perlu dilakukan kerana produktiviti pekerja tempatan turut terjejas.
Katanya, ketika ini, sektor pertanian, pembuatan dan pembinaan didapati menggaji lebih daripada 30 peratus pekerja asing.

“Kerajaan menetapkan aspek penambahbaikan kecekapan pasaran butuh untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi sebagai bidang fokus utama dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Tiga Strategi.

“Ia dilaksanakan dalam tiga strategi termasuk menambahbaik produktiviti buruh dan gaji melalui peralihan kepada pekerja berkemahiran tinggi”, katanya.
Richard berkata, dua lagi aspek mempertingkat operasi pasaran buruh bagi memaksimumkan kecekapan dan keberkesanan dan menambahbaik pengurusan pekerja asing dengan mengurangkan pergantungan kepada berkemahiran rendah.

“Kementerian Sumber Manusia juga akan menerajui pelbagai strategi dalam bidang fokus Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi permintaan industri”, katanya.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM