Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 3312

Akhbar : Bernama   |  Tarikh : 19/08/2016


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan pelbagai pendekatan proaktif dalam memastikan sasaran 75 peratus pekerja tempatan mengisi kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor pekerjaan tercapai.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot berkata, antara langkah proaktif yang dijalankan adalah program-program temu duga terbuka melibatkan semua agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Riot berkata, program yang dijalankan kementeriannya dapat membantu majikan memperoleh guna tenaga yang berkelayakan dan berpotensi bagi memenuhi keperluan perusahaan dan industri mereka.

"Program itu akan melibatkan penyertaan sebanyak 350 majikan dengan penawaran kekosongan sebanyak 15,000 kekosongan merangkumi pelbagai kategori jawatan dan sektor.

"Daripada jumlah tersebut, 30 majikan dengan 4,000 kekosongan jawatan turut ditawarkan di ruang pameran program ini," katanya pada sidang akhbar selepas Hari Kerjaya Kebangsaan Train Ride dan Kembara Kerjaya 2016 di Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur di sini hari ini. - Bernama

Click to listen highlighted text! Powered By JTM