Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 2271

Akhbar : SINAR HARIAN ONLINE   |   Tarikh : 19 Julai 2018


IPOH - Jawatankuasa Pemerkasaan bagi Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET),  bakal  mengadakan siri jelajah ke seluruh negara dalam usaha mendapatkan maklum balas orang ramai mengenainya.

Pengerusinya, Nurul Izzah Anwar berkata, siri jelajah yang akan bermula di zon utara dan selatan itu juga akan melibatkan pertemuan bersama orang ramai termasuk pihak industri serta pihak yang berkepentingan.

Menurutnya, sesi pertemuan berkenaan diharapkan dapat  membantu memberikan maklum blas mengenai TVET dan sekali gus usaha-usaha bagi penambahbaikannya.

"Saya fikir hari ini ada persoalan yang dibangkitkan di Parlimen juga kerana Kementerian Belia dan Sukan melihat TVET sebagai satu daripada usaha dan cara untuk memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di luar bandar.

"Ini kerana, jika usaha tidak dibuat,  kita akan melihat penambahan penghijrahan beramai-ramai remaja daripada luar bandar ke bandar sedangkan hidup yang lebih berkualiti itu boleh saja didapati di luar bandar, " katanya.

Nurul Izzah berkata demikian pada sidang media sempena hari terakhir Persidangan Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam 2018 (WCIT 2018) di Casuarina @ Meru, hari ini.

Sementara itu, Nurul Izzah juga berkata, dia akan berusaha mengotakan janjinya bagi membawa kumpulan rock, Radiohead ke Malaysia tidak lama lagi.

Tanpa berselindung, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengakui bahawa kumpulan berkenaan adalah kumpulan kegemarannya sejak sekian lama.

"Jika mereka bersetuju dengan cadangan saya untuk mengadakan konsert atas nama konsert amal, saya akan bawakan. Jadi doakan dahulu.

"Media janganlah lapor lagi dengan terperinci, nanti kalau surat tak keluar, Radiohead tolak, siapa yang perlu dipersalahkan? Media Malaysia juga (yang dipersalahkan)," katanya.

Nurul Izzah sebelum ini berjanji untuk membawa kumpulan berkenaan ke Malaysia sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Bagaimanapun beliau memberitahu janji tersebut akan diuruskan selepas bulan Ramadan bagi menghormati bulan tersebut di samping memberi laluan kepada isu-isu lain yang lebih memerlukan perhatian.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM