Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 2992

Akhbar :  GPS Bestari   |   Tarikh : 13 Ogos 2018


Seramai 39 pelawat cilik berkunjung ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, baru-baru ini.KEPALA BATAS - Pendedahan mengenai dunia sebenar pendidikan teknik dan vokasional (TVET) menjadi asas utama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas dalam memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah di sini.

Buat julung kalinya, seramai 39 orang pelawat cilik, enam orang guru serta lapan pegawai Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Pendidikan Negeri berkunjung ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas baru baru ini.

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), ILP Kepala Batas, Noraila Md Noor berkata lawatan tersebut merupakan langkah awal bagi memupuk minat belajar.

“Kaedah ini sekaligus akan memberikan murid lebih bermotivasi, bersedia dan jelas hala tuju apabila berada di sekolah menengah kelak.

“Selain dari itu, mereka turut menjadi duta kecil bagi mempromosikan institut secara tidak langsung kepada masyarakat setempat,” katanya.

Menurutnya, mereka yang hadir turut diberi penerangan tentang syarat kemasukan di ILP ini.

“Syarat kemasukan perlu memiliki SPM dengan lulus minima bagi subjek Bahasa Malaysia, Sejarah, Matematik dan satu subjek lain.

“Bagi pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Sijil, yuran pengajian, asrama dan makan minum adalah percuma serta diberikan elaun sebanyak RM100 sebulan,” katanya.

Tambahnya, ILP menyediakan pembelajaran secara praktikal sebanyak 70 peratus dan 30 peratus lagi secara teori yang membuka peluang pekerjaan lebih luas.

“Ini kerana majikan lebih memilih graduan yang mampu mengendalikan mesin atau peralatan.

“Pengambilan pelajar sepenuh masa adalah dua kali setahun iaitu bulan Julai dan Januari,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini terdapat sebanyak 32 institut latihan termasuk Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) seluruh Malaysia di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

“Ini memandangkan permintaan tenaga kerja yang tinggi dari industri memerlukan graduan berkemahiran di mana majikan lebih mengutamakan kebolehkerjaan berbanding teori semata-mata,” katanya.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM