Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 2106

Akhbar : Bernama   Tarikh : 11 April 2020


KEPALA BATAS: Kementerian Sumber Manusia yakin kerjasama antara Institut Latihan Perindustrian (ILP) dengan pusat tahfiz dapat melahirkan lebih ramai huffaz yang mempunyai kemahiran Latihan Vokasional dan Pendidikan Teknikal (TVET).

Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim berkata, program Tahfiz-TVET yang diilhamkan pada 2019 itu juga, membantu pelajar tahfiz memperolehi Persijilan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf kerajaan Malaysia.

“Saya harap dengan adanya Tahfiz-TVET ini juga dapat membentuk asas pekerja mahir dan ia antara kunci kemajuan negara pada masa depan yang akan memasuki Revolusi Perindustrian keempat (IR 4.0),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tahfiz-TVET kerjasama ILP Kepala Batas dengan Madrasah Al Aminiah cawangan Bertam, di sini hari ini.

Menerusi program itu, 25 pelajar Madrasah Al-Aminiah cawangan Bertam mengikuti kursus Teknologi Elektrik selama dua tahun, bermula pertengahan bulan ini.

Mengulas program itu, katanya semua pelajar berkenaan telah diperkenalkan dengan program asas pendawaian yang dijalankan selama seminggu, bagi memperkenalkan konsep asas pendawaian serta memupuk minat mereka dalam bidang teknikal.

Beliau berkata, semua pelajar itu akan mendapat akses latihan kemahiran secara separuh masa pendawaian elektrik satu fasa, dan mereka yang tamat latihan akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua.

“Bagi program itu, pihak Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang(MPBPP) telah memperuntukkan sebanyak RM375,000 untuk 25 pelajar tahfiz tersebut, mengikuti kursus tersebut selama dua tahun,” katanya.

Sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/11/kerjasama-ilp-tahfiz-lahir-huffaz-berkemahiran/

Click to listen highlighted text! Powered By JTM