Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 2345

Akhbar : Berita RTM (Nasional)   |    Tarikh : 11 April 2021


BERTAM, 12 April- Kementerian Sumber Manusia meneruskan usaha melahirkan lebih ramai huffaz berkemahiran Latihan Vokasional dan Pendidikan Teknikal (TVET) dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan pusat tahfiz.

Terbaharu, 25 pelajar tahfiz Madrasah Al Aminiah cawangan Bertam bakal mengikuti Program Asas Pendawaian bermula pertengahan April ini.

Jelas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim kursus separuh masa selama dua tahun itu melibatkan dana berjumlah RM375,000 dari Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP).

Program yang julung kali dilaksanakan di Pulau Pinang itu bermatlamat membantu pelajar tahfiz memperoleh Persijilan Kemahiran Malaysia tahap dua yang diiktiraf kerajaan.

Artikel Penuh : https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/26798-kerajaan-mahu-lahirkan-lebih-ramai-huffaz-berkemahiran-tvet

Click to listen highlighted text! Powered By JTM