Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Petikan Akhbar

Kategori: Akhbar
Hit: 1384

Akhbar : Berita RTM  |  Tarikh : 26 Ogos 2022


ARAU, 26 Ogos- Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar melaksanakan Program Pemeriksaan dan Pendawaian Elektrik secara percuma di kediaman penduduk kampung khususnya dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan di seluruh Perlis.

Pengarah ILP Kangar, Mohd Yusri Mohd Rahim berkata, sejumlah RM1,500 diperuntukkan bagi setiap rumah untuk program berkenaan yang akan dilaksana oleh enam pelatih dan dibantu enam tenaga pengajar.

"Objektifnya kita nak mereka mengaplikasikan kemahiran yang ada dan menerapkan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, secara tidak langsung mempromosikan kemahiran mereka.

Program ini dilaksana secara berkala di semua 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat mengenai rumah penduduk yang memerlukan bantuan bagi pendawaian elektrik," katanya selepas Program Bantuan Khidmat Sosial Komuniti di Kampung Padang Benta, Simpang Empat.

Baca Artikel Penuh : https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/45873-ilp-kangar-laksana-pemeriksaan-pendawaian-elektrik-percuma-untuk-penduduk-perlis?fbclid=IwAR0difvkcNOrQNRl7LAW0yejHDhWbOPBUmmmIiQviH0F-GapQZHmfZT-5P8

Click to listen highlighted text! Powered By JTM