Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Program Sepenuh Masa

Kategori: Kursus
Hit: 153903


PENGENALAN

  • Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
  • ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (24) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
  • ILP menawarkan program peringkat Sijil & Sijil Lanjutan serta Diploma, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

PENGAMBILAN PELAJAR

  • Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun (kemasukan Februari & Julai)
  • Permohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (online) melalui laman web JTM www.jtm.gov.my [ atau sila ke menu Perkhidmatan Atas Talian di muka utama laman web JTM] bagi Sesi Februari dan melalui laman web UPU http://upu.mohe.gov.my bagi Sesi Julai.
  • Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan. Sila rujuk carta Alir Permohonan Kemasukan di bawah untuk maklumat lanjut.
  • Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM. Tiada surat menyurat manual dikeluarkan.
  • Calon perlu merujuk kepada Jadual & Tarikh keputusan permohonan yang dinyatakan dalam sistem untuk maklumat mengenai status permohonan.

PILIHAN KURSUS & INSTITUT

  • Pemohon bebas memilih kursus dan institusi latihan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Pemohon hanya boleh memohon satu kategori sahaja.
  • Bagi calon OKU, sila rujuk panduan kemsukan seperti berikut:

          Panduan Kemasukan Calon OKU

SYARAT AM KEMASUKAN

LEPASAN SPM LEPASAN SKM /ST
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM);
  4. Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja); dan
  5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM/ST);
  4. Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan ; dan
  5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

LALUAN AKADEMIK & KEMAHIRAN

KOMPOSISI LATIHAN

SIJIL DIPLOMA DIPLOMA LANJUTAN

Teori: 30%
Amali: 70%

Teori: 40%
Amali: 60%

Teori: 50%
Amali: 50%

FASILITI

  • Asrama
  • Dewan kuliah, makmal komputer & bengkel latihan
  • Kemudahan sukan & riadah
  • Kantin / Kafeteria
  • Perpustakaan

BAYARAN

  • Yuran Pengajian:
    • Diploma & Diploma Lanjutan: RM3,000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
    • Sijil & Sijil Lanjutan: Percuma, kecuali pelajar tajaan.
  • Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM650-RM700 tertakluk kepada institut).
 

CARTA ALIR PERMOHONAN KEMASUKAN

  • Pengambilan Sesi Februari

 

  • Pengambilan Sesi Julai (Bagi semua pemohon selain calon SPM 2023)

 

  • Pengambilan Sesi Julai (Bagi calon SPM 2023 sahaja)

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418
Talian Umum : 03-8886 5555

 

Sila klik di bawah untuk lihat senarai kursus ditawarkan bagi pemohon tanpa sijil SKM sesi kemasukan Julai 2023 :

Senarai Kursus Sesi Julai 2023 (Tanpa sijil SKM)

 

 

Sila klik di bawah untuk lihat senarai kursus ditawarkan bagi pemohon yang memiliki sijil SKM sesi kemasukan Julai 2023 :

Senarai Kursus Sesi Julai 2023 (Memiliki sijil SKM)

 


BROSUR KURSUS


PROSPEKTUS ILJTM

Click to listen highlighted text! Powered By JTM