Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM
Kategori: Soalan Lazim
Hit: 26846

PERSIJILAN

 

Soalan - Sekiranya saya masih belum menamatkan latihan atau saya berada pada semester akhir, bagaimana untuk saya mengetahui CGPA saya?

Semua keputusan boleh disemak melalui Unit Peperiksaan dan Persijilan Institut masing-masing.

 

Soalan - Setelah saya menamatkan latihan, dimana dan bilakah saya boleh mengetahui keputusan akhir peperiksaan akhir?

Semua keputusan akhir yang telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Persijilan (MJPP) boleh disemak melalui laman sesawang JTM iaitu www.jtm.gov.my/examiljtm. Keputusan ini kebiasaannya boleh diketahui dalam tempoh masa 1 bulan dari tarikh Mesyuarat.

 

Soalan - Sepanjang tempoh masa latihan di ILJTM, adakah saya mempunyai kelayakan untuk menangguhkan program latihan saya?

Bermula pada kemasukan pelajar sesi Julai 2014, tempoh tangguh bagi program latihan bagi pelajar ILJTM adalah seperti berikut :

Program

Status Pelajar

Tempoh Tangguh

Sijil Juruteknik Perindustrian

Lepasan SPM

1 Semester

Sijil Teknologi

Lepasan SPM

2 Semester

Sijil Teknologi

Lepasan Tahap 2

1 Semester

Diploma Teknologi

Lepasan SPM

4 Semester

Diploma Teknologi

Lepasan SKM 3 / 4

2 Semester

Diploma Lanjutan Teknologi

Lepasan DKM

2 Semester

 

PENGIKTIRAFAN

 

Soalan - Adakah kursus-kursus yang ditawarkan di ILJTM ini mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)?

Ya, semua kursus yang ditawarkan di ILJTM mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

 

Soalan - Selain dari SKM/DKM/DLKM, apakah pengiktirafan lain saya perolehi setelah menamatkan pengajian dengan jayanya?

Selain daripada SKM/DKM/DLKM, pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian di ILJTM dengan jayanya akan ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dengan Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP)/Sijil Teknologi (ST)/Diploma Teknologi (DT)/Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK)/Diploma Lanjutan Teknologi (DLT) mengikut Kursus yang diikuti.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM