Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM
Kategori: Soalan Lazim
Hit: 14486

Soalan - Berapakah kekerapan Konvokesyen ILJTM diadakan?

Buat masa sekarang Konvokesyen ILJTM diadakan setiap tahun bagi setiap zon dibahagikan kepada tiga (3) zon iaitu Zon Semenanjung, Zon Sabah dan Labuan, dan Zon Sarawak.

 

Soalan - Berapakah kumpulan kemasukan pelajar yang perlu di graduasikan dalam setiap kali konvokesyen dilaksanakan?

Kumpulan kemasukan pelajar yang layak digraduasikan dalam setiap kali konvokesyen adalah dua (2) kumpulan, sebagai contoh, sekiranya konvokesyen diadakan pada bulan oktober 2015 atau november 2015, maka kumpulan pelajar yang perlu digraduasikan adalah pelajar keluaran Julai 2014 dan Januari 2015. Proses ini akan berterusan selagi tiada perubahan dilakukan.

 

Soalan - Adakah semua program-prgram yang dijalankan di setiap institut layak dimasukkankan setiap kali konvokesyen dilakukan ?

Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM layak dan pelajar akan digraduasikan mengikut program yang telah diikuti iaitu samada peringkat sijil, diploma atau diploma lanjutan.

 

Soalan - Bilakah Surat Jemputan kepada pelajar-pelajar akan dikeluarkan?

Surat Jemputan kepada pelajar-pelajar yang akan digraduasikan akan dikeluarkan adalah 3 bulan sebelum hari konvokesyen diadakan.

 

Soalan - Adakah apa-apa bayaran yang dikenakan kepada pelajar-pelajar yang akan digraduasikan?

Ya, lepasan pelajar dari ILJTM yang bersetuju untuk hadir ke majlis konvokesyen adalah perlu membayar seberapa jumlah bayaran yang minimum, sebagai contoh bayaran untuk sewaan jubah, tetapi bayaran tersebut adalah dalam kadar dibawah rm100 sahaja.

 

Soalan - Bagaimana mengatasi masaalah yang timbul yang diusulkan selepas konvokesyen dilaksanakan?

Masalah-masalah yang timbul semasa perlaksanaan akan dihimpunkan dan dibincangkan dalam mesyuarat dan isu-isu yang timbul akan diambil maklum untuk penambahbaikan untuk konvokesyen yang akan datang.

 

 

Click to listen highlighted text! Powered By JTM