Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada 258 warga cemerlang JTM yang telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini merupakan suatu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kepada warga JTM di atas segala jasa, sumbangan dan pengorbanan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Semoga ia menjadi pendorong kepada semua warga JTM untuk terus memberikan sepenuh perhatian dan daya usaha untuk mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi.
CIK CHIN PHAIK YOONG
Ketua Pengarah
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)