Malay version only
Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengedarkan soal selidik untuk Kajian Tinjauan Perkhidmatan Awam Malaysia: Keterlibatan Pegawai dalam Organisasi (The Malaysian Civil Service People Survey) melalui surat dan e-mel masing-masing bertarikh 17 Jun 2014 kepada Kementerian/Jabatan YBhg. Dato’/ Tuan/Puan. Berdasarkan analisa kajian rintis awal tersebut, didapati penyertaan daripada warga Kementerian/Jabatan dilihat tidak begitu menyeluruh di mana tahap penyertaan adalah amat rendah. Sehubungan dengan itu, kajian rintis tersebut akan dilaksanakan semula mulai 1 hingga 31 Oktober 2014.
Selaras dengan itu, kerjasama pihak YBhg.Dato'/Tuan/Puan adalah dipohon untuk menjawab soal selidik tersebut melalui pautan seperti berikut: http://www.interactive1.jpa.gov.my/survey/index.php/814482/lang-ms. Untuk perhatian YBhg. Dato’/Tuan/Puan juga, link kajian ini akan diaktifkan mulai 1 Oktober 2014.
Bagi sebarang pertanyaan mengenai kajian tersebut, pihak YBhg.Dato'/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai seperti di Lampiran A yang telah dilantik bagi setiap Kementerian/Jabatan untuk membantu dan memantau sepanjang tempoh kajian.
Kerjasama dan komitmen sepenuhnya daripada YBhg.Dato'/Tuan/Puan dalam memastikan semua warga Kementerian/Jabatan dapat menyertai dan menjayakan kajian ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.