Soalan - Berapakah kekerapan Konvokesyen ADTEC JTM diadakan?
Buat masa sekarang Konvokesyen ADTEC JTM diadakan setiap tahun.
Soalan - Adakah semua program-prgram yang dijalankan di setiap institut layak dimasukkankan setiap kali konvokesyen dilakukan ?
Ya, semua pelajar peringkat sijil dan diploma akan digraduasikan mengikut kursus yang dijalankan di ADTEC JTM.
Soalan - Bilakah Surat Jemputan kepada pelajar-pelajar akan dikeluarkan?
Surat Jemputan kepada pelajar-pelajar yang akan digraduasikan akan dikeluarkan adalah 3 bulan sebelum hari konvokesyen diadakan.
Soalan - Adakah apa-apa bayaran yang dikenakan kepada pelajar-pelajar yang akan digraduasikan?
Ya, lepasan pelajar dari ADTEC JTM yang bersetuju untuk hadir ke majlis konvokesyen perlu membayar bayaran sebanyak RM180.00.
Soalan - Bagaimana mengatasi masaalah yang timbul yang diusulkan selepas konvokesyen dilaksanakan?
Masalah-masalah yang timbul semasa perlaksanaan akan dihimpunkan dan dibincangkan dalam mesyuarat dan isu-isu yang timbul akan diambil maklum untuk penambahbaikan untuk konvokesyen yang akan datang.