Pertandingan Mencipta Logo KSM -
Kementerian Sumber Manusia (KSM) menjemput semua warga Malaysia untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo KSM yang boleh dijadikan sebagai identiti serta tanda pengenalan imej korporat Kementerian.
Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas secara percuma. Syarat-syarat pertandingan adalah:
- Reka Bentuk mestilah baru dan asli.
- Softcopy reka bentuk dalam Ukuran kertas bersaiz A4 putih (21 cm x 29.7cm) dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board”.
- Berciri gabungan moden dan futuristik mengambarkan pekerja, majikan dan kerajaan serta mampu menggambarkan identiti dan imej KSM.
Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke emel urusetia:
(a) Format AI (Adobe Illustrator) ataupun JPEG resolusi minimum 1280 x 960
(b) Penjelasan rasional tentang reka bentuk logo dan symbol serta warna yang digunakan
(c) Borang penyertaan Pertandingan Mencipta Logo KSM (Lampiran A)
Hanya satu reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang akan menerima wang tunai RM 500.00 berserta sijil penyertaan. Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Marilah beramai-ramai memeriahkan lagi Pertandingan Mencipta Logo KSM. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi URUS SETIA PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KSM di talian 03-8871 1390. Sokongan anda semua dalam menjayakan pertandingan ini didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.