PENGENALAN
- Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM), dahulunya dikenali sebagai Institusi Latihan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
- ADTEC JTM terdiri daripada sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), sebuah Institut Teknologi Automotif Termaju PROTON (PROTON Institute) dan tiga puluh satu (31) buah ADTEC JTM
- ADTEC JTM menawarkan kursus peringkat Sijil dan Diploma. Objektif utama ADTEC JTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
PENGAMBILAN PELAJAR
- Pengambilan ke ADTEC JTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun.
- Permohonan ke ADTEC JTM boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (online) di Portal UP_TVET Perdana (https://mohon.tvet.gov.my/main/perdana).
- Pemohon akan menerima Slip Permohonan setelah menghantar permohonan di Portal UP_TVET Perdana.
- Setelah pemohon membuat penerimaan tawaran, pemohon akan menerima Slip Tawaran dari Portal UP_TVET melalui e-mel yang telah didaftarkan.
- Surat tawaran kemasukan dikeluarkan kepada calon yang memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Semakan Syarat Kemasukan ke ADTEC JTM.
- Pemohon boleh menyemak syarat kelayakan mengikut kursus yang ditawarkan di Katalog Kursus TVET (https://mohon.tvet.gov.my/awam-kursus/katalog)