- Soalan - Pada masa kini, berapakah bilangan ADTEC JTM di seluruh negara yang beroperasi?
Pada masa kini terdapat 33 buah Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM), termasuk sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) dan sebuah Institut Teknologi Automotif Termaju PROTON (PROTON Institute). Kesemuanya adalah di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).
- Soalan- Di manakah saya boleh membuat permohonan kemasukan dan bila?
Pengambilan ke ADTEC JTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Permohonan adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web UP_TVET (UP_TVET Perdana: https://mohon.tvet.gov.my/main/perdana) bagi sesi kemasukan Januari dan Julai. Permohonan melalui Laman Web UP_TVET adalah percuma.
- Soalan - Adakah bidang kemahiran yang dijalankan ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran?
Ya, semua kursus yang dijalankan di ADTEC JTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ADTEC JTM di mana terdapat penambahan terhadap subjek yang diajar supaya pelajar lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.
- Soalan- Berapakah jangka masa untuk mengikuti latihan tersebut?
Jangka masa yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti sama ada sijil, diploma dan diploma lanjutan.
- Soalan - Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ADTEC JTM?
JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk membolehkan semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ADTEC JTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh sebab beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu ditetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ADTEC JTM.
- Soalan - Adakah lepasan ADTEC JTM ini boleh melanjutkan pelajaran?
Ya, lepasan pelajar dari ADTEC JTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka sama ada di ADTEC JTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.
- Soalan - Adakah kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?
Kesemua kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Kebolehpasaran dalam bidang bagi graduan ADTEC JTM adalah 94.5 %.
- Soalan - Apakah jenis kursus yang dijalankan di ADTEC JTM?
ADTEC JTM menawarkan pelbagai kursus kemahiran dalam 11 bidang kemahiran iaitu Kimpalan, Pengangkutan, Sivil, Elektronik, Penyelenggaraan Elektrik, Pembuatan, Perkhidmatan Kejuruteraan, ICT, Percetakan, Pengeluaran Produk dan Automais & Instrumen.






