AKhbar : Berita Harian |Â Â Tarikh : 30 April 2021Â
KUALA LUMPUR: Daikin Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan perkhidmatan pembersihan penyaman udara terbaharunya, Go Clean dalam aplikasi Go Daikin.
Pengurus Besar Jualan dan Perkhidmatan Daikin Malaysia, Lawrence Song, berkata kumpulan sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan bukan hanya dari aspek produk, tetapi menumpukan kepada perkhidmatan selepas jualan.
"Daikin Malaysia memahami kepentingan memastikan kepuasan pelanggan selepas jualan. Kumpulan bangga kerana kekal menjadi antara jenama yang memberikan penyelesaian sehenti untuk semua keperluan penyaman udara.
"Perkhidmatan terbaharu ini sudah melalui beberapa penambahbaikan secara berterusan serta kerjasama erat dengan rakan kongsi kami seperti Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Petikan Penuh :Â https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2021/04/812321/daikin-perkenal-khidmat-pembersihan-penyaman-udaraÂ