Bahagian ini diwujudkan bagi membantu Jabatan dalam merancang program - program pembangunan yang dijalankan di ILJTM sesuai dengan kursus-kursus yang akan dijalankan. Antara tugas - tugas bahagian ini adalah membuat pemantauan secara menyeluruh terhadap program pembangunan dan penyelenggaraan peralatan ILJTM.
Fungsi:
- Merancang, implemen dan mengurus projek-projek pembangunan institut berdasarkan program Rancangan Malaysia.
- Penyelenggaraan fizikal institut latihan.
- Menyelaras proses perolehan dan menguruskan penambahan peralatan di institut.
- Merancang garis panduan belanjawan pembangunan.
- Menyelaras keperluan untuk menaiktaraf infrastruktur institut.
- Menyelaras, mengenalpasti keperluan program peningkatan kemahiran pengajar berasaskan permintaan industri.