Malay version only
ILP Kuala Lumpur anjur Sambutan Jubli Emas 2014
Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-50, ILP Kuala Lumpur akan menganjurkan Sambutan Jubli Emas pada 22 hingga 24 September ini bertempat di ILP Kuala Lumpur. Sambutan ini akan dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia iaitu Yang Berhormat Datuk Richard Riot Anak Jaem pada 23 September 2014.
Pelbagai acara telah diaturkan bagi memeriahkan sambutan jubli emas ini termasuklah demonstrasi kemahiran, ceramah kerjaya dan ceramah motivasi. Selain itu, pelbagai pertandingan dipertandingkan sempena sambutan Jubli Emas ini seperti pertandingan JTM Robot Challenge, Mini Explorace dan Sukan Komuniti serta bermacam-macam lagi program yang bakal disediakan untuk pengunjung selama 3 hari sambutan ini berlangsung.
Sambutan kali ini juga akan dimeriahkan dengan aktiviti out door seperti pameran auto car, wall climbing dan busking. Artis-artis Malaysia juga turut datang memeriahkan lagi suasana sambutan Jubli Emas ILP Kuala Lumpur pada kali ini.
Majlis sambutan akan diakhiri dengan Majlis Malam Penghargaan bagi menghargai warga dan bekas warga ILP Kuala Lumpur. Sehubungan itu, pihak institut menjemput orang ramai hadir bagi memeriahkan sambutan ini.