Malay version only
Sukacita dimaklumkan bahawa sempena BULAN INOVASI KSM, satu Pertandingan Laman Web/Portal Terbaik akan diadakan seperti yang tertera pada banner di atas.
Sehubungan dengan itu, semua Jabatan & Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mempunyai Laman Web/Portal adalah dipelawa untuk menyertainya dan memastikan Laman Web/Portal anda dikemaskini sebelum waktu penilaian. Hadiah yang menarik telah disediakan dan Waktu Penilaian akan diadakan pada 22 September 2014 hingga 06 Oktober 2014.
Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan Kriteria Pemarkahan dan Syarat-Syarat untuk pertandingan tersebut. Kerjasama dan penyertaan YBhg. Datuk/ Dato'/ YBrs. Dr/ tuan/ puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.