ADTEC Taiping, sebuah Institusi Latihan Kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan Composites Research Technology
Manufacturing (CTRM) Aerocomposites Sdn Bhd, Melaka Bhd mempelawa Lepasan SPM untuk menyertai Program Peneraju Skil Iltizam Aerospace Composite Manufacturing Technician.
Tempoh program ini adalah selama 10 bulan dimana 4 bulan latihan teori di ADTEC Taiping,Perak dan 6 bulan Latihan Industri di CTRM Aerocomposites Sdn Bhd, Melaka. Peserta yang berjaya
akan menerima Sijil Kemahiran dalam bidang Komposit dan ditawarkan pekerjaan di CTRM Aerocomposite Sdn Bhd.
Bagi calon yang berminat boleh menghadiri temuduga secara walk in seperti maklumat berikut :-
Tarikh : Terbuka Sepanjang Tahun
Tempat : Composites Technology Research Malaysia (CTRM) Sdn Bhd
Composites Technology City, Batu Berendam, 75350 Melaka
Masa : Isnin hingga Jumaat ( 9.00 pagi - 4.00 petang)
Pemohon secara “walk in” adalah dikehendaki untuk membawa Salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :-
Gambar passport 1 keping
Salinan sijil SPM
Salinan Kad Pengenalan pemohon
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung secara terus ke talian 06-3171007 sambungan 1202/1203 atau En. Suhaimi bin Abd Ghani di talian +6011 -3270 3380 atau
layari FB Rasmi : Aero Composites Training Centre