Page 4 - Demo
P. 4
ivPRAKATABuku Peraturan Tatatertib Pelajar ini telah digubal dan dikemas kini bersama Bahagian Undang-Undang, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Bukuperaturan ini dijadikan panduan kepada semua pelajar Kolej Teknologi Termaju (ADTEC JTM) agar mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa ketika menjalani latihan di kampus dan menjalani latihan industri di bawah majikan, syarikat atau mana-mana pihak berkaitan. Buku Peraturan Tatatertib Pelajar ADTEC JTM Edisi 2026 ini berkuatkuasa mulai sesi Julai 2026.Semua pelajar ADTEC JTM dalam latihan sepenuh masa, pelajar program pembelajaran anjuran ADTEC JTM atau pelajar daripada agensi kerajaan atauswasta yang mengikuti pembelajaran di ADTEC JTM hendaklah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam Buku Peraturan Tatatertib PelajarADTEC JTM ini. Sekiranya berlaku perlanggaran peraturan, setiap pelajar hendaklah akur dengan hukuman yang dijatuhkan sepertimana yang telah dipersetujui oleh setiap pelajar melalui Surat Aku Janji yang telah ditandatangani semasa memasuki ADTEC JTM. Pelajar juga diwajibkan mematuhi semua arahan-arahan lain yang ditetapkan pihak pengurusan Kampus atau Jabatan Tenaga Manusia.Adalah menjadi harapan Jabatan Tenaga Manusia, semua peraturan tatatertib yang ditetapkan akan menjadi penyumbang utama dalam melahirkan pelajar yang berdisiplin, beretika dan memiliki peradaban yang tinggi semasa menjalani latihan dan seterusnya berkhidmat dengan cemerlang di alam pekerjaan dengan membawa imej pelajar ADTEC JTM.Ketua PengarahJabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia

