Page 9 - Demo
P. 9
5BAHAGIAN II - PERATURAN AM KAMPUS PERATURAN AM KAMPUS1. Peraturan Tatatertib Pelajar digubal untuk dijadikan peraturan kepada semua pelajar yang mengikuti pengajian dan latihan bagi peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan di semua ADTEC JTM. Setiap peraturan yang ditetapkan di dalam buku peraturan ini adalah WAJIB dipatuhi oleh semua pelajar tanpa pengecualian. Tujuan peraturan ini digubal adalah untuk mengawal kelancaran serta keberkesanan pengajian di ADTEC JTM dan memupuk sikap tanggungjawab di kalangan pelajar.2. Peraturan yang terkandung di dalam Buku Peraturan ini terpakai ke atas setiap pelajar Kampus. Buku Peraturan ini hendaklah disimpan oleh setiap pelajar untuk dijadikan panduan sepanjang pengajian dan latihan di Kampus.3. Pelajar hendaklah pada setiap masa menumpukan sepenuh perhatian dan memberi keutamaan kepada pengajian dan latihan di Kampus.4. Setiap pelajar yang bersetuju mengikuti pengajian dan latihan di Kampus hendaklah mematuhi dan akur setiap peraturan yang terkandung di dalam Buku Tatatertib ini dan juga manamana arahan lain yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawaiJTM atau Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) atau mana-mana pihak yang berwajib yang ada kaitan dengan atau hubungan dengan Kampus. Setiap pelajar hendaklah melengkapkan dan menandatangani Surat Aku Janji serta membuat pemeriksaan kesihatan.5. Pelajar yang didapati ingkar mematuhi atau melanggar manamana peraturan ini akan dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman.PeraturanTatatertibPelajarPeraturanUntuk SemuaPelajarTumpuPerhatianBersetujuMematuhiPeraturan danMenandatanganiBorangPerjanjian sertaPemeriksaanPerubatan

