Page 45 - Demo
P. 45
41BAHAGIAN VGARIS PANDUAN JAWATANKUASA TATATERTIB PELAJAR TATACARA TATATERTIB1. Apabila seseorang pelajar telah dilaporkan melakukan kesalahan tatatertib, JTP II akan memberikan surat pertuduhan secara bertulis dan meminta pelajar berkenaan membuat pengakuan atau penafian.2. Apabila seseorang pelajar telah dilaporkan melakukan kesalahan tatatertib, JTP II hendaklah secara bertulis meminta pelajar berkenaan hadir perbicaraan pada sesuatutarikh dan masa sebagaimana yang ditentukan oleh JTP II.3. Jika pelajar itu tidak hadir di hadapan JTP II berkenaan mengikut kehendak peraturan 2, hukuman akan dijatuhkan oleh JTP II berkenaan kepada pelajar tersebut.4. Dalam perbicaraan tatatertib, JTP II akan menjelaskan kepada pelajar itu fakta-fakta pertuduhan mengenai kesalahan tatatertib yang dikatakan telah dilakukan oleh pelajar itu dan memintanya membuat pengakuan / penafian di atas pertuduhan itu.5. Sekiranya pelajar itu mengaku bersalah, JTP II akan menjelaskan fakta-fakta itu sekali lagi kepadanya dan jika beliau mengaku kebenaran fakta-fakta itu, JTP II hendaklah mengumumkan pelajar itu bersalah atas kesalahan tatatertib tersebut dan membenarkan beliau membuat rayuan untuk meringankan hukuman.6. Jika pelajar itu tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut atau tidak atau enggan membuat pengakuan atau tidak mengaku kebenaran fakta-fakta kes itu, JTP II akan memeriksa mana-mana saksi atau apa-apa barang bukti pertuduhan bagi menimbangkan kes berkenaan.HadirPerbicaraanKetidakhadiranPelajar SemasaPerbicaraanJTPFaktaFakta Kes Dinyatakan Di HadapanPelajarPengakuanSalah, RayuanTidakMengakuSalah,Kemuka BuktiSaksi Kes

