Page 46 - Demo
P. 46


                                    427. Selepas keterangan dari yang tersebut dalam peraturan 6 diterima, pelajar itu akan diminta memberikanketerangannya, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa barang bukti untuk pembelaannya.8. JTP II boleh mengarahkan supaya barang bukti yang dikemukakan kehadapannya dalam suatu perbicaraan, disimpan dalam simpanannya atau simpanan seseorang sebagaimana yang ditentukan sementara menunggu perbicaraan tatatertib tamat.9. Selepas mendengar keterangan saksi dan memeriksa barang bukti yang dikemukakan, JTP II akan mengumumkan keputusannya dalam kes itu. Jika diputuskan pelajar itu bersalah, beliau hendaklah dibenarkan membuat rayuan untuk mendapat hukuman ringan.10. Selepas pelajar itu membuat rayuan, jika ada, untuk mendapatkan hukuman ringan JTP II hendaklah menurut budi bicaranya mengenakan hukuman tatatertib ke atas pelajar itu satu atau lebih daripada hukuman-hukuman yang dinyatakan di dalam peraturan 18.11. Setelah mengenakan hukuman tersebut dalam peraturan 18, Pengerusi JTP II akan menyerahkan kepada pelajar itudengan serta merta suatu surat bertulis mengenai hukuman yang dijatuhkan.12. JTP II yang mengambil tindakan tatatertib terhadap seseorang pelajar di bawah peraturan 3 hingga 11 akan merekodkan mengenai perbicaraan itu.13. Sebarang kesalahan yang disabitkan oleh JTP I dan II yang telah bersidang dan memutuskan hukuman terhadap pesalah adalah dianggap muktamad.14. Apabila seseorang pelajar itu telah didapati bersalah atas sesuatu kesalahan berat, Pengarah Kampus akan menghantarsatu surat kepada pelajar itu mengenai hukuman yang dijatuhkan ke atasnya itu dan salinan kepada ibu bapa atau penjaga pelajar, penjamin-penjaminnya dan Jabatan Tenaga Manusia.Bukti SaksiPelajarSimpanBarang BuktiSahihBersalahRayu RinganHukumanJatuhHukumanSerah NotisHukumanMerekodPerbicaraanKeputusanMuktamadSurat JatuhHukuman
                                
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50